Bengkel Asas Laman Web HTML5

29 Julai 2019 | Aktiviti Terkini

28 Julai 2019 – Pusat Ekonomi Digital Linggi telah mengadakan Bengkel Asas Laman Web HTML5 yang bertempat di bilik Latihan Pusat Ekonomi Digital Linggi pada 28 Julai 2019. Seramai 3 orang peserta yang merupakan pelajar sekolah menyertai bengkel ini yang bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Bengkel ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar-pelajar sekolah dalam pembangunan laman web menggunakan aplikasi HTML5 melalui kaedah yang efektif dan sistematik.

Antara pengisian aktiviti bengkel ini adalah pengenalan kepada HTML5 dan CSS, tajuk Utama Laman Web, Kod“Body", elemen di dalam HTML5, "Tag" dan "Attributes", dan struktur dokumen HTML5.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali